Pages

Tuesday 18 December 2012

Tafsir Surah AN-Naas




Assalamualaikum semua…
Arinie aku nk kongsi korg satu perkara yg sgt brguna dlm kehidupan sharian..
nk taw ke???kalau korg nk taw….korg kene bacalah….
Ok,,,korg pernah dgr x surah an-naas…
korg mesti prnh dgr kan …xkn x prnh dgr kot….
Tp kalau baca tu,,aku x taw lh,,korg prnh ke x….tp rase aku,,korg prnh baca kot..
Ayat An-naas bukanya ayat panjang pun,,,ayt nie pndek je..bdk2 kecik pun buleh hafal…xkan kite x bleh hafal kot
Malu lh (@_@) hehe
Hari nie,,aku nk kongsi korg semua tentang

Tafsir Surah An-Naas
dari
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Fatwa : Allah سبحانه و تعالى memerintahkan kepada hamba-Nya supaya mengatakan:

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (الناس:۱)
Yg bermaksud :
"Katakanlah: 'Aku berlindung kepada Rabb (yang memelihara dan menguasai) manusia." (QS. An-Naas: 1).
(أَعُوذُ) "Aku berlindung". Yakni, aku memo­hon penjagaan dan perlindungan kepada Allah Yang Maha Agung. Dia adalah Rabb manusia, raja mereka, pencipta mereka, dan pengatur se­gala urusan mereka.
 (مَلِكِ النَّاسِ- الناس:۲) "Raja manusia". Yakni, pemilik kerajaan yang maha besar, dimana tidak ada seorang pun yang boleh menyamai hukum-Nya.
(إِلَهِ النَّاسِ- الناس:۳)"Sembahan manusia". Yakni, sembahan yang hak, kerana satu-satunya sembahan yang berhak disembah hanyalah Allah سبحانه و تعالى. Adapun sembahan yang lain selain Allah, semuanya batil. Sebagaimana firman Allah سبحانه و تعالى:

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
"(Kekuasaan Allah) yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Rabb) yang hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil. Dan sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar." (QS.A1-Hajj:62).

 (مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ- الناس:٤)"Dan kejahatan (bisi­kan) syaitan yang biasa bersembunyi". Yakni, aku berlindung kepada Rabb yang Maha Agung dan sembahan yang hak ini dari kejahatan (bisi­kan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yaitu, syaitan yang biasa bersembunyi ketika (seseorang) berzikir kepada Allah. Yakhnasu, yakni yadzullu (rendah) dan yashghuru (kecil).

(الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ- الناس:۵ ) "Yang membisik­kan (kejahatan) ke dalam dada manusia". Yakni, yang membisikkan perasaan was-was dalam dada-dada mereka. Maksudnya hati-hati me­reka. kerana letaknya hati di dalam dada.
 (مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ- الناس: ٦)"Dari (golongan) jin dan manusia". Yakni, dari syaitan manusia dan syaitan jin. Kerana di antara syaitan- syaitan  manusia ada yang membisikkan keragu-raguan dalam hati manusia. Anda akan mendapatkan misalnya, syaitan manusia itu menimbulkan keragu-ra­guan tentang iman kepada hari akhirat, menim­bulkan keragu-raguan tentang wajibnyasolat lima waktu, menimbulkan keragu-raguan ten­tang wajibnya solat berjama'ah, dan sebagainya. Surah yang agung ini dan surah sebe­lumnya, iaitu surah Al-Falaq, maka tidaklah se­seorang yang memohon perlindungan (mempe­roleh perlindungan) yang sebanding dengan ke­dua surat tersebut.
Oleh karena itu, saya anjurkan kepada sau­daraku kaum muslimin, agar sentiasa mem­baca wirid-wirid harian, wirid pagi petang. Kerana wirid-wirid tersebut termasuk (sarana) Allah menjaga mereka. Sungguh telah ditetapkan dari Nabi صلى الله عليه وسلم bahwa barangsiapa membaca ayat kursi pada suatu malam, maka Allah akan sentiasa menjaganya, dan syaitan tidak akan mendekati­nya hingga pagi hari.
Dan beliau صلى الله عليه وسلم  juga bersabda:
مَنْ قَرَأَالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِسُوْرَالْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

"Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah pada suatu malam, niscaya kedua surat tersebut sudah mencukupinya"[1]. Yakni, cukup dalam membentengi dirinya dari segala keja­hatan.




No comments:

Post a Comment