Khasiat kopi dan teh
KoNichiwa.....
berbahasa jepun aku ari nie.....hahaha....ari nie,,aku
nk kongsi korang satu rahsia tentang kopi dan teh...korang taw x,,sehitam-hitam
kopi byk khasiat nya...tpi korang x taw kan...slalunya korang taw,,asal kopi je
dapat mghilangkan mngantuk..btol x...jgn tipu lh....hehe..sbenarnya selain dpt
mghilngkan mengantuk,,ade lagi khasiat nya....tpi kite je x
taw....contohnya::::::::::
Rambut
bersinar dengan kopi
cara nya adalah Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar.lepas
tu,,Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit.
Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.
Kopi
singkir selulit
Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang
terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat
sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.
Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi
dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas
surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk
hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu
kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.
Buang
sel kulit mati dengan kopi
Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka.
Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur.
Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika
kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.
Mata
segar dengan teh
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam
peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh
menyamankan mata anda serta-merta.
Teh
melegakan kaki yang penat
Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh
herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan
bau kaki setelah sehari bekerja.
Teh
sebagai rawatan wajah
Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub
muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda
sensitif.
Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba
wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu
bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.
Teh
melegakan luka
Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan
tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan
basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.
Kulit
kepala sihat dengan teh
Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu
teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan
didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup
kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan
sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.
OK,,,yg nie je ea.....
(@_@) SAYOUNARA (@_@)
(selamat berpisah)
No comments:
Post a Comment