Pages

Saturday 22 December 2012

Kisah Pemuda Seorang Penebang Pokok




Assalamualaikum, ari nie aku nk bercerita tentang 
satu kisah yg boleh dikatakan banyak sering berlaku dalam kehidupan kita iaitu 
KISAH SI PENEBANG POKOK 
♥ SELAMAT MEMBACA ♥

Kisah Si Penebang pokok

Pada suatu hari, seorang pedagang kayu menerima lamaran seorang pekerja untuk menebang pokok di hutannya. Kerana gaji yang dijanjikan dan keadaan kerja yang bakal diterima sangat baik, sehingga si calon penebang pokok itu pun bertekad untuk bekerja sebaik mungkin.
Saat mulai bekerja, si majikan memberikan sebuah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang harus diselesaikan dengan sasaran waktu yang telah ditentukan kepada si penebang pokok.
Hari pertama bekerja, dia berhasil merobohkan 8 batang pokok. Petang itu, mendengar hasil kerja si penebang, sang majikan memberikan pujian dengan tulus, “Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuanmu menebang pokok- pokok itu. Belum pernah ada orang yang sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu”.
Sangat terharu oleh pujian majikannya, keesokan hari si penebang bekerja lebih keras lagi, tetapi dia hanya berhasil merobohkan 7 batang pokok. Hari ketiga, dia bekerja lebih keras lagi, tetapi hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin bertambahnya hari, semakin sedikit pokok yang berhasil dirobohkan. “Sepertinya aku telah kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat mempertanggungjawabkan hasil kerjaku kepada majikan?” fikir penebang pohon merasa malu dan putus asa. Dengan kepala tertunduk,dia menghadap ke sang majikan, meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memadai dan mengeluh tidak tahu apa yang telah terjadi.
Sang majikan menyemak dan bertanya kepadanya, “bila terakhir kamu mengasah kapak?”
“Mengasah kapak? Saya tidak punya waktu untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga”. Kata si penebang.
“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru dan terasah, maka kamu boleh menebang pokok dengan hasil luar biasa. Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. Maka, sesibuk apapun, kamu harus meluangkan waktu untuk mengasah kapakmu, agar setiap hari bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum. Sekarang mulailah mengasah kapakmu dan segera kembali bekerja!” perintah sang majikan. Sambil mengangguk-anggukan kepala dan mengucap terima kasih, si penebang beredar dari hadapan majikannya untuk mulai mengasah kapak.
Sama seperti si penebang pokok, kita pun setiap hari, dari pagi hingga malam hari, seolah terjebak dalam kesibukan kerja. Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga seringkali melupakan perkara lain yang sama pentingnya, iaitu istirehat sejenak mengasah dan mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan dan spiritual. Jika kita mampu mengatur masa kegiatan seperti ini, pasti kehidupan kita akan menjadi berwawasan dan selalu baru!



No comments:

Post a Comment