Pages

Thursday 20 December 2012

Surah Al-Mulk




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

PENGENALAN TENTANG SURAH AL MULK

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci. Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

( Seelok-eloknya baek kite hafal je surah al mulk.....
bkn nye pnjg sgt pown...tp bleh tahan lh.....
stakat lagu,,beratus-ratus lirik kita boleh hafal,,
xkn surah al mulk yg ada bbrapa muka surat pun x boleh hafal....
pndai2 korg lh fikir ea...aku bgitau je.
sebab surat Al Mulk nie byk kelebihanya. ) 

Hari ini aku nak menceritakan kelebihan membaca surah al-mulk dan kandungannya serta diamalkan setiap malam. Memang besar fadhilatnya. Tapi yang penting, korang kene bacalah kerana mengharapkan redha Allah. Ingat, manusia dimasukkan ke syurga kerana rahmat Allah.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”

KANDUNGAN SURAH AL MULK

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, tepuk dada, tanye iman..mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”


Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1.Abu Hurairah meriwayatkan hadis,katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yg mengandungi 30 ayat,ia mensyafaat bagi lelaki yg membacanya.Maka selagi mana lelaki itu membacanya,selagi itu pula ia meminta ampun untuknya.Surah itu adalah surah Al Mulk”.

2.Rasullulah s.a.w bersabda yg bermaksud: “ Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3.Rasullulah s.a.w bersabda yg bermaksud: “aku sungguh gembira,sekiranya org mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4.Rasullulah s.a.w bersabda : “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiao malam,diselamatkannya dari azab kubur.”

5.Rasullulah s.a.w bersabda yg bermaksud: “ Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam,nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersola jawab dgn munkar nakir.

6. Rasullulah s.a.w bersabda yg bermaksud: “ Sesungguhnya didalam Al-Quran ada satu surah yg mengandungi 30 ayat.Surah tersebut adalah surah Al-Mulk.Ia akan datang kpd pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk kedalam syurga.”

7. Rasullulah s.a.w bersabda yg bermaksud: “ sebahagian surah-surah yg terdapat didalam Al-Quran ada satu surah yg mengandungi 30 ayat. Surah itu adalah surah Al-Mulk.ia memberi syafaat kpd org yg membacanya dgn mengeluarkan dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

8.Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasullullah s.a.w tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9.Ulama berkata.”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab.Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut pelepasan mereka yg mengamalkannya dari azab api neraka.”

10.Saiyidina ‘Ali Berkata: “ Barangsiapa mengamalkan surah Aal Mulk,nescaya dibawa ia pada hari kiamat diatas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi yusuf.”

11.Ulama Berkata: “Sesungguhnya surah yaasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan.Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12.Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya,nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah s.w.t didalam kuburya.Bula azab hendak datang ke pihak kepala,terdengar satu seruan: “tidak boleh engkau datang ke pihak kepalaini kerana ada surah Al Mulk.” Begitulah keadaanya bila azab ke pihak kaki dan perutnya.kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.


Ok.....Setakat sini sajelah ea....
Jari aku dah letih menaip dan mengcopy yg org pye... 
Hehehe 
Jgn marah (**_**) 
ASSALAMUALAIKUM
















No comments:

Post a Comment