Pages

Sunday 20 January 2013

KeMana PerGInYA sebuah DOa




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Ke mana perginya doa?



Jika berharap wang, yang datang hutang
Jika minta kemudahan, yang ada kesulitan
Jika doakan kesihatan, yang hampiri penyakit

Jangan kau tanya mengapa Tuhan tak kabulkan doa
Jangan kau paksa bila Tuhan makbulkan doa
Jangan kau hairan mengapa Tuhan abaikan doa

Tapi tanyakan seperti apa tubuhmu bicara
Tanyakan seperti apa hatimu berkata
Adakah Subuhmu menjelang Dhuha
Adakah zuhurmu sisa waktu bisnesmu
Adakah Asar-Maghribmu terlalu dekat
Adakah Isyakmu terlepas kerana mengantuk

Jangan salahkan Tuhan
Jika kau kira boleh bebas berbuat dosa
lalu boleh pulihkan dengan umrah tiap tahun

Jangan salahkan Tuhan
Jika ayat suci dijadikan mantera dan jampi
Surat Yusuf agar anak kacak
Surat Maryam agar anak cantik
Surat Rahman agar banyak rezeki
Entah surat apa agar mudah jodoh
Entah apa lagi agar lancar urusan





No comments:

Post a Comment